Friday 16 August 2013

KEJOHANAN MEMANAH REMAJA KEBANGSAAN 2013 @ KERAMAT

Dibarisi pemanah muda Sharmine Eisya, Asfzilah,Nurul Ain dan Danish... pertandingan yang pertama kali diadakan berjaya kami tandingi dengan skuad MSN Negeri Negeri yang lain... walaupun dibawah panji SMK KAMPUNG BARU SI RUSA... kita lebih bersedia di mana Sharmine Eisya menunjukkan prestasi yg terbaik.Naib Johan # 40m... walaupun dengan arrow yg tak sempurna... inshaaallah kami akan terus memberikan impak yg terkesan demi MALAYSIA.AMIN.



Kejohanan Memanah Jemputan UiTM 2013

Pasukan Memanah bwh14 tahun dijemput ke UiTM Jengka dengan iltilzam menimba pengalaman yang terbaik.. alhamdulillah berjaya mendapat tempat ke-3 Berpasukan Pusingan Olimpik.. : terima kasih Sharmine Eisya, Nur Afisa, Juliet Dave dan Nurul Ain... ossem..walaupun bertanding dengan pemanah berpengalaman... namun pemanah kita berjuang dengan baik..walau rintangan 70m dipanahi..
Tambah kapsyen

Kejohanan Memanah Dalam Dewan UNISZA 2013

Pertandingan pertama untuk tahun ini dengan pemanah yang cuba menimba pengalaman .. sekalung tahniah kerana berjaya mendapat Naib Johan Keseluruhan Kategori Remaja.Komitmen yang sangat baik dengan kos ditanggung sendiri oleh pemanah.. ossem.. Terima Kasih Siti Aqilah,Shaerra Ezatty,Sharmine Eisya, NurAfisa, Syazana, Asfarizah, Luqman, Danish,Ammar n Nurul Ain

Skuad Remaja Kebangsaan YOG MALAYSIA di SMK KAMPUNG BARU SI RUSA

Terima kasih kerana sudi bertandang ke sekolah kami dan sekalung tahniah kepada Sharmine Eisya binti Saffuan dan Nur Afisa binti Abdul Halil kerana berjaya mencapai apa yang kita rancang.. Tahniah dan semoga terus berusaha k..amin
Tahniah min




Kejohanan Memanah MSS Negeri Sembilan 2013

Pasukan memanah SMK KAMPUNG BARU SI RUSA ,Port Dickson dengan kekuatan seramai 13 pemanah telah berjaya menguasai keseluruhan pingat utama bagi kategori Perempuan 15 & 18 thn, Lelaki 15 &18 tahun yang mungkin sukar untuk sekolah lain memadamkan rekod kami. Hasil usaha selama dua tahun membuahkan hasil yang sangat baik.. Tahniah semua :


Thursday 25 October 2012

Pertandingan MEMANAH Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sembilan 2012

Pertandingan MEMANAH ini untuk memilih sekolah mana yang layak ke peringkat kebangsaan di Johor Bahru pada 25-30 november 2012, dan seperti yang dirancang Pasukan Memanah SMK KAMPUNG BARU SI RUSA berjaya dengan cemerlang.. menggunguli keseluruhan hadiah.Tahniah Syazana Athirah, Sharmine Eisya, M Ammar, Nur Luqman, Juliet Dave, Emely Natasha, dan alif.. Semoga momentum kejayaan ini  diteruskan pada bulan kejohanan kebangsaan..AMIN 


Sunday 12 February 2012

Ingin Ku Gapai impian Bersama MU

Minggu depan pada tanggal 16 Febuari 2012, Pertandingan Memanah MSS Daerah Port Dickson kali-3, Khamis... bakal menentukan samada Pasukan Memanah Arrow X .. SMK Kampung Baru Si Rusa, Port Dickson bisa mencabar Pasukan Handalan bagi Pertandingan MSS Negeri Sembilan pada 22 hingga 25 Febuari ini di SMK KGV Seremban.

Dengan kekuatan 13 pemanah  yang digarap dari SIFAR serta meraih beberapa pengalaman berguna dengan berkelana ke Kejohanan di Terengganu,Johor,Kuantan dan Kedah pada tahun lepas .. moga ianya memberikan banyak impak yang boleh diterjemahkan pada minggu depan...

Semoga Aisyah, Badrul Amin, Aqila Z, Shaerra, Farah, Aspazilah, Elis, Shaza, Izatul, Ammar, Amirul Lokman, Shaifullah dan Zak-1 berjaya mengapai CITA-CITA kita bersama demi sekolah tercinta...



Semoga usaha kita selama ini terbalas dan direstui dan sejuta kerahmatan oleh ALLAH. Amin

Smg bakal Kejayaan ini menjadi KENANGAN  terindah untuk kita kenang selamanya...

Saturday 19 November 2011

Kursus Memanah Guru Guru Negeri Sembilan Kali-2 tahun 2011

AMBOI... bersemangat.. tahniah
Bekas Pemanah Negeri KEDAH

Kyusok ke ingat rumah
Kursus yang diadakan di Hotel Chorus Paradise Port Dickson ini selama 3 hari amat bermakna dalam melahirkan jurulatih baru dalam sukan memanah serta memastikan guru guru ini dapat input yang berguna dalam mempratikkannya di sekolah masing masing. Dibantu oleh 4 atlet memanah SMK Kampung Baru Si Rusa ( Badrul, Ammar, Shaifullah dan Ery ) program ini berjaya dengan cemerlang. AMIN

kURSUS MEMANAH PELAJAR SEKOLAH AGAMA NEGERI SEMBILAN 2011

BUEK   APO 2 DEK
jAGUH  DALAM  PEMBIKINAN
Kursus yang dilaksanakan di Kem Kokurikulum Rembau ini dihadiri lebih daripada 60 orang peserta dapat dilaksanakan dengan baik. Kursus ini diharapkan akan dapat melahirkan bakat bakat bari dikalangan atlet sekolah agama yang mempunyai beberapa kekuatan seperti mempunyai kemudahan asrama dan sahsiah murid yang baik. Aspek ini penting dalam melahirkan bakat baru dalam sukan memanah. Semoga satu hari nanti mereka ini akan dapat mewakili Pasukan Negeri Sembilan.AMIN

Sunday 30 October 2011

Karnival Sukan Sukan Prestasi Tinggi Sekolah Peringkat Kebangsaan Kali per-1


Kami kontigen memanah Negeri Sembilan selamat sampai ke kuantan iaitu di Gambang Resort yang sangat cantik dan menarik ini. Bertolak pada pukul 10.40 pagi dan singgah di Kuala Kilah dan SMK Batu Kikir,perjalanan yang agak memenatkan ini berbaloi dengan hotel kediaman yang selesa.

Seramai 5 orang atlet memanah Pusat Latihan Memanah SMK Kampung Baru Si Rusa berjaya mewakili pasukan negeri sembilan iaitu syahmi, amirul luqman, shaifullah, syaza dan aspazilah selepas minggu lepas kami bertanding di Ledang Johor selama 3 hari. Tahniah walaupun baru latihan intensif selama 2 bulan anda mampu mewakili Pasukan Negeri Sembilan... Teruskan usaha k.

Jam 5.30 petang ni kami akan mulakan latihan ringan di sekitar resort. Esok pagi akan diadakan latihan rasmi tapi jarak ke lokasi pertandingan agak jauh iaitu 40 minit dari resort. Pada sebelah petang kami akan berkumpul dalam majlis perasmian pembukaan kejohanan secara rasmi. semoga berjumpa lagi.. adios

Monday 24 October 2011

KEJOHANAN Memanah Kem Bakat Zon Selatan 2011 di Johor

Salam Tahniah buat 15 orang pemanah PLD Port Dickson yang berjaya menunjukkan prestasi yang baik dalam kejohanan ni walau baru pertama kali menyertai pertandingan yang begini besar.. tahniah atas kerjasama yang baik terutama amirul lugman yang berjaya menang pinat gangsa dalam 2 acara 30m dan 50m. Dengan kejayaan tersebut seramai 5 orang atlet kita akan mewakili Negeri sembilan ke Peringkat Kebangsaan di padang pada 30 okt hingga 3 November .. wow bercuti di hotel ammbasador dekat gan teluk cempedak.. smg peluang yang terbaik itu akan memberikan pengalaman yang lebih bermakna untuk menjadi JAGUH yang sebenar NEGERI SEMBILAN.. amin


UCAPAN TAHNIAH BUAT ATLET KE PERINGKAT KEBANGSAAN

SYAZA BATRISHA, SHAIFULLAH, ASPA - 2 CADET
AMIRUL LUQMAN - 1 CADET
SYAMIN - SMK RAJU

Sunday 9 October 2011

Seorang budak mencari duit yang hilang RM 10

SEDANG cikgu berjalan pada pada detik 8.50 malam.. ternampak seorang budak seperti keresahan seperti mencari sesuatu dibawah terangan lampu kalimantang. Keadaan disitu agak terang. Cikgu tergerak hati untuk bertanyakan apakah benda yang dicari oleh budak itu.. Budak itu menjawab, saya mencari duit saya yang hilang RM 10.... 

Cikgu lantas bertanya lagi, dimanakah duit tersebut hilang... Jawab budak itu ...dalam semak sana... dengan nada yang serius dan penuh yakin... lokasi duitnya yang hilang... Cikgu terus bertanya ..kalau hilang disana, kenapa cari disini..bawah lampu...  

 Jawab budak itu.... senang CARI disini  ada lampu dan terang ..., sana gelap dan kawasan semak.


untuk RENUNGAN anak-anakKU yang akan mengambil Peperiksaan SPM tak lama lagi... berusaha  yang terbaik k

Program Menggilap BINTANG SPM tahun 2011

Program ini untuk mengasingkan murid yang berpotensi untuk dalam merealisasikan keputusan CEMERLANG,sederhana dan MESTI lulus semasa Peperiksaan SPM pada 14 November 2011, mereka diletakkan ke dalam kelas yang berlainan yang sama aras... 5 Bestari dan 5 Dinamik untuk kelas kecemerlangan, Efisien dan Futuristik untuk murid yang berdaya saing sederhana yang perlu diberikan penegasan serta bimbingan yang lebih agar dapat memberikan impak yang lebih terkesan agar SPM nanti adalah peperiksaan terbaik mereka..


5 Gemilang ialah kelas murid yang kurang motivasi serta yang jarang datang  ke sekolah.. akan diberikan kawalan 100% disiplin, tiada ruang untuk tidur dan lalai, tidak mudah untuk keluar kelas sewenang-wenangnya, meja akan diberikan tanda nama, semuanya terkawal didalam kawalan dan panduan Cikgu, Anda boleh balik awal seperti murid biasa yang lain. Ini adalah untuk kebaikan kamu semua. Semoga hari esok memberikan SINAR baru untuk kemu semua.. anak-anakKU. AMIN

BERUSAHA YANG TERBAIK