Sunday 30 October 2011

Karnival Sukan Sukan Prestasi Tinggi Sekolah Peringkat Kebangsaan Kali per-1


Kami kontigen memanah Negeri Sembilan selamat sampai ke kuantan iaitu di Gambang Resort yang sangat cantik dan menarik ini. Bertolak pada pukul 10.40 pagi dan singgah di Kuala Kilah dan SMK Batu Kikir,perjalanan yang agak memenatkan ini berbaloi dengan hotel kediaman yang selesa.

Seramai 5 orang atlet memanah Pusat Latihan Memanah SMK Kampung Baru Si Rusa berjaya mewakili pasukan negeri sembilan iaitu syahmi, amirul luqman, shaifullah, syaza dan aspazilah selepas minggu lepas kami bertanding di Ledang Johor selama 3 hari. Tahniah walaupun baru latihan intensif selama 2 bulan anda mampu mewakili Pasukan Negeri Sembilan... Teruskan usaha k.

Jam 5.30 petang ni kami akan mulakan latihan ringan di sekitar resort. Esok pagi akan diadakan latihan rasmi tapi jarak ke lokasi pertandingan agak jauh iaitu 40 minit dari resort. Pada sebelah petang kami akan berkumpul dalam majlis perasmian pembukaan kejohanan secara rasmi. semoga berjumpa lagi.. adios

Monday 24 October 2011

KEJOHANAN Memanah Kem Bakat Zon Selatan 2011 di Johor

Salam Tahniah buat 15 orang pemanah PLD Port Dickson yang berjaya menunjukkan prestasi yang baik dalam kejohanan ni walau baru pertama kali menyertai pertandingan yang begini besar.. tahniah atas kerjasama yang baik terutama amirul lugman yang berjaya menang pinat gangsa dalam 2 acara 30m dan 50m. Dengan kejayaan tersebut seramai 5 orang atlet kita akan mewakili Negeri sembilan ke Peringkat Kebangsaan di padang pada 30 okt hingga 3 November .. wow bercuti di hotel ammbasador dekat gan teluk cempedak.. smg peluang yang terbaik itu akan memberikan pengalaman yang lebih bermakna untuk menjadi JAGUH yang sebenar NEGERI SEMBILAN.. amin


UCAPAN TAHNIAH BUAT ATLET KE PERINGKAT KEBANGSAAN

SYAZA BATRISHA, SHAIFULLAH, ASPA - 2 CADET
AMIRUL LUQMAN - 1 CADET
SYAMIN - SMK RAJU

Sunday 9 October 2011

Seorang budak mencari duit yang hilang RM 10

SEDANG cikgu berjalan pada pada detik 8.50 malam.. ternampak seorang budak seperti keresahan seperti mencari sesuatu dibawah terangan lampu kalimantang. Keadaan disitu agak terang. Cikgu tergerak hati untuk bertanyakan apakah benda yang dicari oleh budak itu.. Budak itu menjawab, saya mencari duit saya yang hilang RM 10.... 

Cikgu lantas bertanya lagi, dimanakah duit tersebut hilang... Jawab budak itu ...dalam semak sana... dengan nada yang serius dan penuh yakin... lokasi duitnya yang hilang... Cikgu terus bertanya ..kalau hilang disana, kenapa cari disini..bawah lampu...  

 Jawab budak itu.... senang CARI disini  ada lampu dan terang ..., sana gelap dan kawasan semak.


untuk RENUNGAN anak-anakKU yang akan mengambil Peperiksaan SPM tak lama lagi... berusaha  yang terbaik k

Program Menggilap BINTANG SPM tahun 2011

Program ini untuk mengasingkan murid yang berpotensi untuk dalam merealisasikan keputusan CEMERLANG,sederhana dan MESTI lulus semasa Peperiksaan SPM pada 14 November 2011, mereka diletakkan ke dalam kelas yang berlainan yang sama aras... 5 Bestari dan 5 Dinamik untuk kelas kecemerlangan, Efisien dan Futuristik untuk murid yang berdaya saing sederhana yang perlu diberikan penegasan serta bimbingan yang lebih agar dapat memberikan impak yang lebih terkesan agar SPM nanti adalah peperiksaan terbaik mereka..


5 Gemilang ialah kelas murid yang kurang motivasi serta yang jarang datang  ke sekolah.. akan diberikan kawalan 100% disiplin, tiada ruang untuk tidur dan lalai, tidak mudah untuk keluar kelas sewenang-wenangnya, meja akan diberikan tanda nama, semuanya terkawal didalam kawalan dan panduan Cikgu, Anda boleh balik awal seperti murid biasa yang lain. Ini adalah untuk kebaikan kamu semua. Semoga hari esok memberikan SINAR baru untuk kemu semua.. anak-anakKU. AMIN

BERUSAHA YANG TERBAIK