Sunday 12 February 2012

Ingin Ku Gapai impian Bersama MU

Minggu depan pada tanggal 16 Febuari 2012, Pertandingan Memanah MSS Daerah Port Dickson kali-3, Khamis... bakal menentukan samada Pasukan Memanah Arrow X .. SMK Kampung Baru Si Rusa, Port Dickson bisa mencabar Pasukan Handalan bagi Pertandingan MSS Negeri Sembilan pada 22 hingga 25 Febuari ini di SMK KGV Seremban.

Dengan kekuatan 13 pemanah  yang digarap dari SIFAR serta meraih beberapa pengalaman berguna dengan berkelana ke Kejohanan di Terengganu,Johor,Kuantan dan Kedah pada tahun lepas .. moga ianya memberikan banyak impak yang boleh diterjemahkan pada minggu depan...

Semoga Aisyah, Badrul Amin, Aqila Z, Shaerra, Farah, Aspazilah, Elis, Shaza, Izatul, Ammar, Amirul Lokman, Shaifullah dan Zak-1 berjaya mengapai CITA-CITA kita bersama demi sekolah tercinta...



Semoga usaha kita selama ini terbalas dan direstui dan sejuta kerahmatan oleh ALLAH. Amin

Smg bakal Kejayaan ini menjadi KENANGAN  terindah untuk kita kenang selamanya...

1 comment: