Sunday 30 October 2011

Karnival Sukan Sukan Prestasi Tinggi Sekolah Peringkat Kebangsaan Kali per-1


Kami kontigen memanah Negeri Sembilan selamat sampai ke kuantan iaitu di Gambang Resort yang sangat cantik dan menarik ini. Bertolak pada pukul 10.40 pagi dan singgah di Kuala Kilah dan SMK Batu Kikir,perjalanan yang agak memenatkan ini berbaloi dengan hotel kediaman yang selesa.

Seramai 5 orang atlet memanah Pusat Latihan Memanah SMK Kampung Baru Si Rusa berjaya mewakili pasukan negeri sembilan iaitu syahmi, amirul luqman, shaifullah, syaza dan aspazilah selepas minggu lepas kami bertanding di Ledang Johor selama 3 hari. Tahniah walaupun baru latihan intensif selama 2 bulan anda mampu mewakili Pasukan Negeri Sembilan... Teruskan usaha k.

Jam 5.30 petang ni kami akan mulakan latihan ringan di sekitar resort. Esok pagi akan diadakan latihan rasmi tapi jarak ke lokasi pertandingan agak jauh iaitu 40 minit dari resort. Pada sebelah petang kami akan berkumpul dalam majlis perasmian pembukaan kejohanan secara rasmi. semoga berjumpa lagi.. adios

No comments:

Post a Comment